Manusia sememangnya telah dilahirkan dengan keinginan menyukai sesuatu yang indah. Dapat dilihat bahawa tamadun dunia yang ada begitu rapat dengan keindahan terutama pada seni tamannya. Bukti boleh dilihat dari peninggalan-peninggalan yang ada sejak zaman berzaman umpamanya melalui tulisan, lukisan dan binaan itu sendiri yang masih ada seperti Taman Gantung Babylon yang menjadi satu daripada tujuh keajaiban dunia kini. Kepesatan dunia moden juga tidak ketinggalan mendukung keindahan dan ini boleh dilhat di seluruh duniatermasuk Malaysia bila banyak kawasannya ditanami dengan tanaman hiasan.
Dalam mencipta keindahan persekitaran kediaman mereka, manusia telah melakukan pemilihan ke atas tumbuhan yang ada untuk ditanam bagi menghiburkan serta memenuhi keperluan mereka. Antara cirri-ciri yang memungkinkan sesuatu tumbuhan itu dipilih dan ditanam sebagai tanaman hiasan ialah:-
- Mempunyai bunga yang menarik sama ada dari segi bentuk, saiz dan warna.
- Mempunyai daun yang berbentuk atau berwarna menarik
- Mempunyai bau yang wangi sama ada dari bunga, daun, batang atau buah.
- Mempunyai bentuk pokok yang menarik seperti yang dikehendaki.
- Mempunyai cirri-ciri unik yang menarik sehingga memberi perasaan yang tersendirikepada yang melihatnya
- Mempunyai ciri-ciri yang tersendiri sehingga memungkinkan ia ditanam bagi memenuhi fungsi seperti yang dikehendaki.
Manusia percaya dengan melihat taman hiasan boleh menjadi sebab bagi menggembirakan jiwa. Menyejukkan mata memandang dan merehatkan minda. Manusia juga tahun bahawa tanaman hiasan juga dapat memnyediakan keperluan mereka umpamanya sebagai bahan makanan, memberi udara pernafasan serta suasana sejuk dan nyaman. Oleh itu mereka menanam tanaman hiasan baik di dalam pasu teduhan, di kawasan luar rumah mahupun di dalam rumah, di kawasan taman, mahuphn di tepain jalan dan sebagainya bagi mewujudkan suasana indah di mana-mana. Dalam mencipta keindahan ini, ramai tidak sedar adanya peranan yang dimainkan oleh tanaman hiasan dalam dunia perubatan.